Lahir pada 21 September 1947 berasal dari Kampung Lindungan Raja, Karangan, Kulim, Kedah, MALAYSIA
Pengarah Pelancongan Kota Bukittinggi, Pak Nasrul Phetra S.H bersama Pak Khairul, Sekda Bukittingi
Kemudiannya pernah menjadi Ketua Jurufoto di Karangkraft pada awal tahun 80 an. Diikuti majalah Koleksi dan majalah majalah hiburan lain. Selepas itu berhijjrah ke Republik Indonesia (Medan dan Sumatra Barat). Banyak mengambil foto-foto pemandangan dan kisah misteri. Semasa di sana banyak mendapat kerjasama dari editor akhbar di sana antaranya akhbar Waspada, Analisa, Detektif, Minang
Pos, Singgalang dan Riau Pos.Selain itu, pernah membekalkan gambar-gambar artis Malaysia untuk Pameran Muzik Sepanjang Zaman selama dua tahun dan diadakan dengan kerjasama Muzium Negara manakala gambar gambar ditaja oleh MHE CONSUMER dan Pembekal filem dan kamera jenama KONICA.
Permandangan indah di Bukittingi, Indonesia
Pengalaman lain ialah menjadi jurukamera untuk beberapa buah filem. Antaranya ialah Langit Petang, Sikit Punya Gila, Aku Yang Berhormat, Wira Angkasa, Penghujung Malam dan Konstabel Mamat dan beberapa siri Drama RTM dan TV 3.
Dalam masa yang terdekat ini dalam perancangan mahu mengadakan Pameran Solo Fotografi di Kuala Lumpur dan juga di Sumatera, Indonesia.
1 comment:
Tahniah.......so
Post a Comment