Thursday, July 24, 2008

BIODATA

Lahir pada 21 September 1947 berasal dari Kampung Lindungan Raja, Karangan, Kulim, Kedah, MALAYSIA. Berpengalaman dalam bidang fotografi sejak bekerja di Jabatan Kerja Raya Malaysia. Selain itu juga giat dengan karya penulisan ketika berkerja di JKR, dan Mindef . Pernah menjadi penulis sambilan di akhbar Berita Harian di bawah rangsangan utama Ketua Pengarang pada masa itu, Pak Samad Ismail. Selain itu juga menulis ruangan hiburan untuk akhbar Utusan Malaysia dan WATAN

Pengarah Pelancongan Kota Bukittinggi, Pak Nasrul Phetra S.H bersama Pak Khairul, Sekda Bukittingi

Kemudiannya pernah menjadi Ketua Jurufoto di Karangkraft pada awal tahun 80 an. Diikuti majalah Koleksi dan majalah majalah hiburan lain. Selepas itu berhijjrah ke Republik Indonesia (Medan dan Sumatra Barat). Banyak mengambil foto-foto pemandangan dan kisah misteri. Semasa di sana banyak mendapat kerjasama dari editor akhbar di sana antaranya akhbar Waspada, Analisa, Detektif, Minang
Pos, Singgalang dan Riau Pos.
Selain itu, pernah membekalkan gambar-gambar artis Malaysia untuk Pameran Muzik Sepanjang Zaman selama dua tahun dan diadakan dengan kerjasama Muzium Negara manakala gambar gambar ditaja oleh MHE CONSUMER dan Pembekal filem dan kamera jenama KONICA. Disamping itu pernah menjadi jurugambar khas MAJLIS BELIA MALAYSIA, Persekutuan Pengakap MALAYSIA dan ADUN Tempatan. Kini banyak mendapat undangan jelajah Kepulauaan Indonesia dari Pengarah Pariwisata dan Budaya Kota Bukittinggi Sumatra Barat. Jelajah itu telah berlaku lima tahun berturut-turut. Juga mengikuti dan mengikuti aktiviti fotografi dan rakaman video dalam acara tahunan PEDATI dibawah naungan Pak Nasrul Phietra S.h Dan Walikota. Selain itu juga membekal berita untuk stesyen televisen BTV








Permandangan indah di Bukittingi, Indonesia

Pengalaman lain ialah menjadi jurukamera untuk beberapa buah filem. Antaranya ialah Langit Petang, Sikit Punya Gila, Aku Yang Berhormat, Wira Angkasa, Penghujung Malam dan Konstabel Mamat dan beberapa siri Drama RTM dan TV 3.
Dalam masa yang terdekat ini dalam perancangan mahu mengadakan Pameran Solo Fotografi di Kuala Lumpur dan juga di Sumatera, Indonesia.

1 comment: